Pages

Nuffnang Ads


History by Labels

Followers

TAGBOARD

Online Users


Powered By Blogger

Seri says :

Seri Mas Nurwani

HI THERE. My name is seri mas nurwani! i'm 25 and married to my ♥: Faliq Esa. gosh i'm his wifey now:P

feel free to browse and read my blog. all written here is my personal opinion and story about my daily life and my wedding journey.don't get bored and enjoy! hehe

say hi? email me at seriwani@hotmail.com and let's be friend:)

Been Married :

My Vendors List

Nikah
Outfit(Bride+Groom) : Qudyn Aziz
Make Up : Hazlie Hamzah
Handbouquet : Hazlie Hamzah
Official Photographer : MadeByEpik
Dais : Saiful Design

Berinai
Outfit (Bride) : Unaisah Azlan
Make Up : Hazlie Hamzah
Official Photographer : MadeByEpik

Reception
Outfit (Bride+Groom) : Qudyn Aziz
Make Up : Deq Sha
Handbouquet : Hazlie Hamzah
Official Photographer : MadeByEpik
Dais : Saiful Design
Accessories : Saiful Design


History of Good&Bad

December 31, 2010

kehilangan :(

.
.
aaaaaaaaaaaaaaa

i've lost my iphone! damn!

dah lah hantaran tunang. rasa bersalah gila. damn!

apsal lah cuai sangat. tak sedar tercicir kat mana. rasa macam nak lempang diri sendiri.

haih. SEDIH gila :'(

pakai phone cap ayam jer lah pasni. dah takde peruntukan.haih

bye bye mr.iphone.  jasa anda amat di hargai. i love u. *nanges

kenangan yang tak best nak akhiri 2010.huuu


psst : dugaan kah ini ? :(



read more...

December 28, 2010

Sebulan lagi



tengok! tengok! 
tinggal lagi sebulan until the BIG day. tinggal lagi 30 hari errr 31 hari lagi.
macam tak percaya. *cubit sikit pipi* . auch sakit!

currently tengah bertungkus lumus siapkan

 ini


.
.

ini


dan
.
.

ini



update update 30 hari

  • tengah berusaha mencari wedding shoes. ya ya ya. tahu last minute sangat ni. susah sangat nak jumpa yang berkenan. bila dah jumpa yang bertakhta di hati sold out plak *sigh* korang ada idea tak nak cari kat mana kasut yang cantik dan murah dan tinggi?
  • invitation card siap this week. *akan ditunjukkan kemudian* simple dan comel. *boleh la kan puji taste sendiri* and NOPE yang ini bukan design sendiri. tempah sahaja . ada lagi satu kad design sendiri.
  • next week nak balik perak and settle kan kebenaran kahwin and nak tukar design pelamin. *sigh* ada drama disini *geram geram*
  • urusan belah bertandang dah settle. baju bertandang ermmm ermmm ermmmm scary. tapi redha aje.huhu
  • dah pindahkan barang ke rumah baru.suka. rumah dah seperti rumah sebab dah banyak kelengkapan.happy disitu:D

lagi 30 hari status akan bertukar
lagi 30 hari semua dah tak sama
oh oh oh!


ok sekian.

read more...

title : budak comel saya

gambar-gambar adalah di curi semasa ke rumah faliq haritu. hehe.memang syok bila tengok balik album lama-lama nih:p sambil tengok sambil snap gambar.sambil snap sambil gelak.gambar lentok sana, lentok sini.haha lawak. tapi gambar lentok-lentok tak dibenarkan letak kat sini. dah kena warned awal-awal.ekeke ;p

ok nak tayang skit budak comel yang saya punya.*jangan muntah.haha :P


comey comey~

gaya macho skit~

gaya mendada skit~ :b

kecik-kecik banyak gila masuk pertandingan. 
which is one thing yg i tak pernah tahu.aktifnya awak nii

i'm the king.hohoho~

patut lah masa photoshoot haritu wifey photog siap cakap "sporting yer tunang u ambil gambar posing macam-macam"  rupa-rupanya memang ada bakat terpendam.dari kecik.dah biasa buat.haha

budak besar yang saya punya jugak ;p hiks

psst : sayang jangan marah ek. nanti kena jual :p
read more...

December 27, 2010

update baru ????

.
.
.
.
hi korang


busy nya


busy nya


tak sempat nak update blog


macam-macam kena settle


tetiba rasa macam superwoman.haha


ok lah nanti update dengan cerita baru ok


nak karang ayat dulu:P






bye korang



*lambai-lambai

.
.
.
.
read more...

December 19, 2010

Terjah johor


Live update: Tengah otw menuju ke johor. Pertama kalinya nk menjejak kaki je johor. Nk kahwin dgn org johor tp xpernah sampai ke sana.boleh? Haha

Objektif ke johor
- nak settlekan urusan daftar kahwin belah lelaki
- nak mencari baju untuk majlis bertandang, make up & pelamin semua.
- ingat nak jalan-jalan ke spore. Tp kt tgh jln br teringt tak bawak pasport. Rasa cm nk patah blk tp mendpt jelingan sinis dr faliq.so plan cancel.haha

Ok teruja.

Published with Blogger-droid v1.6.5
read more...

December 17, 2010

Cucuk jari



Siang td pergi menyerah diri untuk di cucuk jari:p ceh ceh ayatt. Haha. Ok ok td pergi buat hiv test di kk bangi. Hampir-hampir ada drama td. Dh la rush dr ofis nk kejar kuota utk hiv test tu. Sampai-sampai diorg cakap yang dh buat appointment jer boleh buat hiv test. Hangin lah kitorang. Haritu dh tanya kata tak yah buat appoinment ni tetiba kene buat appointment.mmg hangin sampai faliq membebel2 kat situ dkt pegawai yg jaga kaunter. Bebel bebel bebel last2 diorang lepaskan gak kitorang buat test. Haha nasib baik. Kalau tak mmg sia-sia dtg. Settle dah satu benda:)

Psst: Sakit jugak rupanya bila cucuk jari td.sampai skang rasa sakit..tp skit jer lah.hehe ngader jer lebey:p

Published with Blogger-droid v1.6.5
read more...

December 12, 2010

sunday






ini aktiviti kitorang siang tadi. dapat teka? haha. gatal nk letak sini gak. :P

seronok dan mengujakan *wahh ayat

ok. itu saja nak cakap. penat gila .huhu

read more...

December 10, 2010

the rumah



semalam kan dah cakap nak pergi ambil kunci rumah.hehe.harini kunci dah selamat ada dalam tangan kami. yippii :D
.
.
.
.
.




 perasaan adalah macam tak percaya. boleh? haha

lega rumah dah settle.lega dah dapat dapur yg di impikan. hahaha *walaupun bukan rumah sendiri:) lega takde banyak sangat nak dicuci. tuan rumah dah tolong cucikan. tinggal nak mop balik before masuk. after this nak angkat barang sikit-sikit masuk rumah until hujung bulan depan. tv , peti ais, washing machine dah ada. so tak banyak benda asas lagi nak beli. boleh beli berdikit-dikit sampai rumah penuh.hehe *teruja




oh rumah ni akan kosong sampai lah lepas kami kahwin. sekarang ni dua-dua pun tak nak nak pindah masuk sebab sekarang rumah kitorang adalah berjiran di bawah satu bumbung, bukak pintu ai nampak rumah dia. so adalah sangat senang kalau nak ke mana-mana. kalau salah sorang pindah dulu kang susah plak nak ulang alik. tapi risau jugak. tinggalkan rumah kosong lama-lama takpe ke ekk? tapi plan nak jadikan rumah tu tempat port siapkan project diy & doorgift.rumah sendiri senang skit kalau bersepah penuh dgn barang diy . 
read more...

December 09, 2010

alhamdulillah.senyum

alhamdulillah.. harini pagi-pagi dah dpt berita gembira. settle dah masalah.heeeeee :D

lagi dekat tarikh lagi banyak masalah timbul.banyak betul dugaan. syukur satu dah settle. senang sikit kepala.syukur syukur:)


**********************************
Update 50 hari
  • sekarang tengah mencari kasut kahwin. nikah and sanding. tapi mak aihh. susah betul nak cari kasut pink pujaan hati yang menepati kriteria. merata-rata pergi tak jumpa.kalau susah sgt terpaksa lah cari jer warna grey yang ada (sobsobsob) nak tempah tetiba rasa cam dah tak sempat.
  • kunci rumah baru tak ambil lagi. tuan rumah busy, kitorang busy. tak nyempat nyempat nak ambil. so rasanya dalam next week baru dapat kunci. mahu cuci rumah.yeayy \('')/ - update update: malam ni tuan rumah nak kasi kunci. sebab dia nak ke johor katanya.yeayyy dapt kunci rumah. rumah pertama kami.yeayy. <- ok tahu . gediks.
  • oh proses mencari hantaran pun dah boleh bermula.yeay yeayyy lagi. YES adalah sangat best.hehe
  • hal-hal canopy and catering pun dah settle. the mum dah konfirmkan. dah pergi buat food testing. siap pergi stalker majlis yang di handle oleh pihak caterer (bukan stalker pun sbnarnye, en caterer tu yg suh dtg tgk:p)and amik gambar canopy meja kerusi hiasan meja pengantin semua semata-mata sebab takut anak dia yang mengada ni tak suka. hoho sayang mak. *cium cium hope apa yang diorang janjikan dalam pakej tu dilaksanakan lah. siap ade free honeymoon lagi katenyaa.cam lawak pun ada:p haha

eh rasanya sekarang dah kena start invite orang kan? nak kena kumpul address dah kan. ok lah. nak pegi karang ayat jap. daaa~
read more...

December 08, 2010

kain bridesmaid


jeng jeng jeng~



ok ini adalah kain untuk bridesmaid.hehe. saja nak letak kat sini nak kasi cik-cik bridesmaid tengok. sebab tahu mesti diorang tertanya-tanya camne lah rupanya kain yang cik seri nak kasi:p

ini adalah chiffon warna cream polos:)

basically ini top aje. this sunday ramai-ramai nak pergi cari kain untuk bottom part yang matching dgn kain ni. psst: teruja! :D

my sis akan mejadi one of the bridesmaid too, so plan nak buatkan dia kaftan and matchingkan dgn pario macam pic di bawah. so nanti boleh lah kakak dia ni pakai jugak after wedding nanti.hehe

pic credit to mr.google:)

psst : oh kain ni nak pakai untuk mlm akad nikah bukan hari bersanding :P

read more...

December 06, 2010

kritikal

.
.
.

tinggal less than 53 days nak settle kan semua. tiba-tiba rasa tak cukup masa. busy. kritikal. kasut nikah and sanding tak cari lagi (or tempah).kritikal. kad tak siap lagi. kritikal. diy project ada a few tak siap lagi. kritikal. doorgift tak start deco lagi. kritikal. kebenaran kahwin pun tak buat lagi. kritikal. tak buat event lagi kat fb. sampai semua orang dah tanya. "oit bila ko kahwin nih.mana kad? bila tarikh?" - serius terlupa pasal invite menginvite nih. patutnya dah start buat event kan? kritikal. badan tak kurus-kurus lagi- takut sentap sorang-sorang masa fitting nanti. kritikal. honeymoon pun tak sempat nak fikir. kritikal.

dulu kalau tengok planner rasa macam lama lagi jer. panjang je list.sekarang bila tengok balik list tu dah pendek and dah jadi last month before masuk january.terus terasa freak out. tetiba rasa nak ada PA yang boleh tolong handle kan semua. ah mengada lah ko seri! haha


psst: tapi tiba-tiba rasa nak cepat-cepat settle kahwin. pening kepala ok. sape kate kahwin tu senang. nak handle family dua-dua belah pihak lagi.aishh pening~
read more...

December 05, 2010

kereta, wedding dan meeting

ok dah cerita pasal baby nak cerita pasal wedding plak.


hari sabtunya, ada wedding kawan sekelas di uniten di restoran seri melayu,kl. oh mmg chaos lah nak pergi. pagi-pagi my dad datang rumah nak repair my car, kereta dah berzaman takleh start. malas dah nak repair.banyak duit dah abis kt kereta tu. dengan roadtaxnya mati.sekali my dad datang rescue.yayy happy dengan duit repair duit roadtax dia cover.happy happy. rezeki kawen kot.muahahahhahaha :))



so pagi tu sekejap2 bersiap pastu sekejap2 turun bawah pantau progress (eceh cam ape jer kan.hehe). bersiap kelam kabut. berpeluh-peluh muka mak.abis make up cair.haha

di pendekkan cerita pukul 12.30 kitorang off to the majlis. sampai jer majlis bukak kamera nak amik gambar dangggggg terlupa nak masuk kan memory card.sentapppp. penat jer cas bateri.sudahnya tak dapat guna.yang ada just handfon kamera. terpaksa layan. semua orang duk tanya "mana kamera best? apsal tak bawak kamera best?" rasa nak lempang diri sendiri.haha

so gambar adalah sedikit sahaja. sedey. tapi majlisnya best.cosy je suasana.makanan pun sedap.banyak kaunter makanan.siap ada abc sedap.nyum nyum nyum:P doorgift dia pun best. classy. me like like:)





 abc sedap.hehe


kitorang tak sempat ambil gambar dengan pengantin pun sebab nak berkejar balik ke bangi. both parents nak berjumpa. ada meeting sikit. diorang berbincang about majlis secara details. so layankan aje.hehe

tapi psstttt dah tahu dah warna apa untuk majlis bertandang.warnanya adalah......warna yang paling tak disukai dan dibenci.arh scaryyyy. bila dengar jer rasa cam batu hempap kepala.omagad.NOOOOOOOOOOOOOO!masa tahu warna tu me and en.tunang dah pandang-pandang muka masing-masing.hahaha. tapi tak nak bitau korang warna apa sebab nanti ada lak yang marah sebab taste kan masing-masing. ramai jer yang pakai warna tu sebagai warna tema. uhuhu. semoga en.tunang dapat mengubah fikiran ibu mertuaku.hahahaha. gasak. selamba tulis kat sini tak puas hati dengan warna pilihan FMIL.mintak-mintak family en.tunang tak baca blog ni.hohoho~


read more...

niece

minggu yang agak kelam kabut, rasa semua benda jadi serentak.pening kepala.hehe


oh last friday kakak ipar dah selamat bersalin.syukur.terover due gak tu.ngeri dengar cerita. tengok dia nak berjalan pun ngeri.sakittt.ishh:s

eh ok ok tak nak cerita pasal tu..

memperkenalkan my first ever niece





nama tak konfirm lagi.mak bapak dia berebut nama lah tu.hahaha. tapi cadangan awal adalah nur iris damia . kalau masuk sekali nama bapak dia memang panjang lah.tapi takpe.gasakkk:p


cucu sulung of course lah semua excited kan. hehe.memang happy pun:D

kan dah kate excited:p 


serbu ramai-ramai. nasib baik baby bukan jenis yag menangis kuat. kalau menangis pun suara keluar sikitt sikit jer.

tengok tu.mata dia meliar jer tengok kitorang. comel gila. rasa nak picit-picit.haha


entry di sudahi dengan gambar kami dengan ucapan "secara rasminya kami dah jadi aunty dan uncle:P" <-dangggg.poyo gila.hahahaha

read more...
 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©