nota : entry ini sangattttt panjang dengan gambar. harap anda berjaya habiskan:p
Redang vacation was a blast! perfecto!
sangat happy:)
almost setahun tak pergi bercuti dgn geng holiday sejak ms.organizer diorg ni nk kawen eh opss sekarang dah jadi puan.hehe. so ni dh settle down semua benda timbul lah balik holiday proposal. rindu nak jalan-jalan dgn diorg. kira ni trip tahunan kitorang dan juga hadiah ulangtahun dr suami. yayy.
So sampai lah hari yang di tunggu-tunggu. memang excited habis. tak sabar nak tunggu abis office hour. hati dh melayang ke redang dh sepanjang hari.hehe
kami yang excited di station bus kajang.oh kami naik bus ekspress adik beradik ke kuala terengganu:)
naik bus pukul 9pm and sampai kt MBKT pukul 430am. pagi2 buta dah terconggok kt station bus kuala terengganu tatau nk buat ape. last-last lepak kt situ sambil tunggu subuh. sambil tu isi perut. sempat makan nasi dagang lagi for breakfast.best betul.hehe
lepak-lepak segarkan badan dan perut.ehehe
ferry kitorang pukul 9am. naik dekat Shahbandar Jetty. dekat je dgn station bus. walking distance aje. so senang. takyah dah nak cari taxi ke jetty bagai. cost lagi tu.ehehehe. oh pakej yg kitorang amik include semua sekali makan minum, boat , snorkeling trip, accomodation. memang pegi bawak badan takyah pikir-pikir dah.hehe
berjalan ke jetty
sebelum sampai jetty lalu pasar payang. tempat kesukaan zieda nih.keke
sampai pun kat jetty!
dari sahbandar jetty ke redang amik masa 1jam 30 min. tapi perjalanan tak dirasakan sangat sebab semua bantai tido. lagi 10 minit nk sampai baru terjaga. tido sebab takut mabuk laut tapi nasib baik laut haritu tak bergelora so semua berjalan lancar and tenang.hehe
budak teruja! :p
amik gambar laju-laju before tido.haha
walaupun masa pergi haritu time end season. moon-sun nak dtg dah tapi alhamdulillah 3 hari kat sana takde apa2 masalah, tak hujan or ribut langsung. laut pun ok je. tak bergelora.
muka excited tak sabar nk terjah pasir putih di tepi pantai.ahaha
first view of redang island. breath taking!
sampai akhirnyaa:D
ini chalet kami:) Redang Lagoon
sampai chalet rupanya kami dapat harga discount lagi dr harga pakej asal. wah happy gila. memang penjimatan betul. chalet ni ok, walaupun takde lah fancy sangat tapi ok lah untuk kitorang ni.hehe. makanan pun ok.sodap jugak. owner pun baik and peramah. mmg recommend sesangat if korang nk dtg sini:P
buaian yang mengasyikkan. lepak kat sini memang best gila. sambil baring sambil di tiup angai pantai yang sepoi2 bahasa pergh terbaik. memang boleh lena tertido kt situ.haha.
after check-in settle down and lunch semua, kitorang ape lagi laju-laju pi sewa life jacket and goggle nak pi snorkeling dpn chalet. laut biru dah memanggil-manggil sejak kitorang sampai tadi.hehe
sumpah view depan chalet sangat cantik. pasir putih yang halus.air laut yang membiru.aduh. jatuh chenta. -over- hahaha
actually kitorang praktis dulu sebenarnya, after that ada 1st snorkeling trip. so nk membiasakn diri kitorang praktis dulu dpn chalet. takde lah nnti sekor2 tergagau-gagau dalam air kan.hehe
laut biruuuuuu. i miss youuuuuuuuuuuuu! arrrrrrrrrrr!
tengah hari terik pun buat tak peduli. penangan laut biru punya pasal.haha
first snorkeling trip memang la super excited. taktau lah pulak diorg bawak ke mana kan. tapi cantikkk sangat. banyak coral hijau err tapi banyak jugak jeli kecik2 yang mendatangkan gatal. so kat sini sekejap jer kitorg snorkeling. even eein dh menjerit2 panggil kitorang snorkel jauh skit. tapi tak mampu.haha
boat ride
green coral
after first trip ade tea time. kita minum-minum dulu! hehe. lepas tu kitorang sambung lagi snorkeling dpn chalet.ok kali ni bukan dpn chalaet lah. tapi lagoon dpn chalet yang belah kanan pulak.eh paham tak? haha mission adalah nak cari baby shark sbb instructor kata kt area situ ada baby shark. tapi sayang nya kitorang tak jumpa. haruslah tak jumpa kan, bukannya kitorang berani nak pergi area yang jauh and dalam and gelap. haha.
tapi yang bestnya petang tu ada merman yang teman eein berenang keliling pulau. merman-merman tu nk carikan baby shark utk kitorang tgk gak.tapi still tak jumpa. last-last eein jer yang berjaya keliling pulau kecik tu. me jida dh separuh pulau dh surrender. jauh kot. semputt haaaa. tapi besttt sebab berenang jauh and nampak coral best.ikan pun cantik2.seronok gila.
huuu penat seharian bersnorkel. penat yang menggembirakan lah tapi:p
malam tu even penat gila, kitorang heret gak kaki jalan-jalan sepanjang pulau.jangan di layankan penat. sekali sekali datang pulaukan.hehe. kebetulan pulak merman eein ada ckp psl blue sand kt redang. terus kitorang google and cari apa tu blue sand. pas tu terus pi cari. best gila ok cari blue sand. sangat-sangat menakjubkan. cantikk. eein yang paling excited sekali.haha
korek-korek cari blue sand
zieda and blue sand. nampak tak? tu cahaya biru cenonet kt pasir atas tapak tangan zieda. kalau tgk real life mmg cantik. susah skit nk amik gambar sbb cahaya dia bersinar sekejap jer.
blue sand boleh di cari di depan pantai redang beef resort ni.
aktiviti malam hari pertama di sudahi dgn aktiviti game card and stick. yours truly asik kalah aje. mencik! haha
2nd day
second day bangun-bangun pagi je terus rasa tak sihat.sakit mata dh dtg and start muntah-muntah. so decide mls lah nak ikut pergi trip snorkeling pagi tu. balik je bilik tetiba diorang kata trip kalini nak pergi ke marine park. terus bangun dari katil. tak nak terlepas pergi ke marine park.tix pun dh beli. cm rugi lah kalau tak pergi. so abaikan aje sakit tu.huhutapi sayangnya dlm kelam kabut tu terlupa nak grab kamera. so aktiviti kt marine park tak di rekod langsung. rugi sangat. view kat sini cantikk gilaaaa. sangat-sangat cantik. sampai sekarang rasa rugi.huuuuu
lepas lunch baring atas buaian. fuh syahdu.hehe
tanda-tanda kehitaman telah muncul di muka.tannnn muka mak.hahaha
after lepak-lepak sambung lagi snorkeling.
ni video kitorang dalam air.hehe
petang tu kami jalan-jalan panjat bukit kecik dpn chalet. sangat cantik scenery dari atas ni.nampak semua view sepanjang long beach. rasa cm takmo turun
yayy nak panjat bukit
yeah bukit ini berjaya ku tawan -ahahaha-
puncak bukit. lawa ok pemandangan dari atas ni.hehe -apsal tah gambar ni tersenget-
-geng holiday-
posing berempat harus ada:p
we ♥ REDANG
dinner malam tu makan bbq bako sendiri. huuu sedap-sedap belaka semuanya. ikan and udang dia sangat fresh. huuu seapnyaaa.
bako kita bako
udang and ikan memang terbaik. fresh!
hasil pembakoran kami yang tamak haloba. last-last tak habis bawak balik bilik.konon-konon nk makan masa main game card. tapi sudahnya sampai pagi tak makan.kekeke
3rd Day
Last day pagi-pagi tu sempat lagi eein and jjida g snorkeling utk ksli terakhir. rajin diorg bangun pagi.kitorang adalah malas. haha.
aksi peace yang entah berapa kali dah. cuba lah korang kira.haha
next year mungkin boleh try dive pulak.
aksi-aksi kitorang nak balik dahhhh!
boat sudah sampai sobs.
bye bye redang. gonna come and visit u again. promise.huhu
ohh. balik balik dah rindu redang. pasti akan datang lagi sini. mungkin boleh try diving pulak.hehe. so guys itu saje cerita serba sedikit percutian kitorang kalini. harap korang tak bosan.terima kasih lah kalau berjaya habiskan.hehe
daa~
p.s : lepas ni update cerita TTI and jelajah KT lak:)
1 comments:
best! sambil baca ko punye post teringat memori di sana! oh rindunya!
Post a Comment