Pages

Nuffnang Ads


History by Labels

Anniversary (1) Award (2) bachelorettes (3) Birthday (6) Braces (1) Checklist (1) DIY (7) Download (1) eb.Design (1) Engagement (6) Event (9) Food Channel (6) Friend's Wedding (6) FUTSAL (1) Game (1) Hantaran (2) home sweet home (1) iftar ramadhan (2) Inspiration (7) Invitation Card (3) Kenangan (1) Love (12) Majlis Bertandang (2) My Wedding (10) Note (1) Office (1) Preparation (3) Protected (2) Raya (4) Tag (2) Theme (1) Tips (1) Trip (20) TV (2) Vendor (2) video (1) W-Planner (2) W-Preparation (15) weddi (1) Wedding Dress (3) WW (5)

Followers

TAGBOARD

Online Users


Powered By Blogger

Seri says :

Seri Mas Nurwani

HI THERE. My name is seri mas nurwani! i'm 25 and married to my ♥: Faliq Esa. gosh i'm his wifey now:P

feel free to browse and read my blog. all written here is my personal opinion and story about my daily life and my wedding journey.don't get bored and enjoy! hehe

say hi? email me at seriwani@hotmail.com and let's be friend:)

Been Married :

My Vendors List

Nikah
Outfit(Bride+Groom) : Qudyn Aziz
Make Up : Hazlie Hamzah
Handbouquet : Hazlie Hamzah
Official Photographer : MadeByEpik
Dais : Saiful Design

Berinai
Outfit (Bride) : Unaisah Azlan
Make Up : Hazlie Hamzah
Official Photographer : MadeByEpik

Reception
Outfit (Bride+Groom) : Qudyn Aziz
Make Up : Deq Sha
Handbouquet : Hazlie Hamzah
Official Photographer : MadeByEpik
Dais : Saiful Design
Accessories : Saiful Design


History of Good&Bad

Showing posts with label W-Preparation. Show all posts
Showing posts with label W-Preparation. Show all posts

January 16, 2011

Progress : 2 minggu lagi


this weekend menggunakan masa dengan sebaiknya. eceh:p


  1. Pergi print segala bahan  last batch untuk DIY stuff. pergi print tanda arah,A3 size poster, centerpiece etc. print banyak gila tak sampai rm50.hoho berbaloi:p
  2. Pergi mencari cadar untuk bilik.(ya ya tahu dah last minute) tapi cadar lah the least thing yg i nak fikir. suruh the mum beli, tapi dia suruh kita pulak. mencari almost 2 jam, last-last memang tak reti nak pilih.end up decide beli dengan the mum jer lah nanti.haha.sia-sia 2 jam di situ:))
  3. Pergi mencari perabot bedroom set. bila pergi mencari baru sedar diri ini tak kisah sangat rupanya. si faliq yang sibuk itu ini, dia pula yang tanya banyak. siap demand nak tilam camtu camni (macam makcik lah u nih!haha <-gelak kat tunang sendiri) diri sendiri just tengok baring-baring pilih warna. pastu bila di tanya jawapan favorite "ok je.i x kisah" haha . tapi silap kitorang cari masa nak CNY. banyak order akan siap after mid of februari. huhu
  4. Kad-kad dah dipos semuanya. korang-korang nanti check mail box yer:)
  5. Barang-barang almost dah angkat pindah ke rumah baru.yeay but at the same time a bit sedih. dah 2 tahun tinggal dalam bilik ni.huhu. tinggal nak angkat tv, fridge,washing machine and perkakasan dapur.another mission next week nak settlekan astro and internet:)
  6. Petang ni another round for pre-wedding photoshoot:p heeeee~

kurang dari 2 minggu :)

read more...

December 28, 2010

Sebulan lagi



tengok! tengok! 
tinggal lagi sebulan until the BIG day. tinggal lagi 30 hari errr 31 hari lagi.
macam tak percaya. *cubit sikit pipi* . auch sakit!

currently tengah bertungkus lumus siapkan

 ini


.
.

ini


dan
.
.

ini



update update 30 hari

  • tengah berusaha mencari wedding shoes. ya ya ya. tahu last minute sangat ni. susah sangat nak jumpa yang berkenan. bila dah jumpa yang bertakhta di hati sold out plak *sigh* korang ada idea tak nak cari kat mana kasut yang cantik dan murah dan tinggi?
  • invitation card siap this week. *akan ditunjukkan kemudian* simple dan comel. *boleh la kan puji taste sendiri* and NOPE yang ini bukan design sendiri. tempah sahaja . ada lagi satu kad design sendiri.
  • next week nak balik perak and settle kan kebenaran kahwin and nak tukar design pelamin. *sigh* ada drama disini *geram geram*
  • urusan belah bertandang dah settle. baju bertandang ermmm ermmm ermmmm scary. tapi redha aje.huhu
  • dah pindahkan barang ke rumah baru.suka. rumah dah seperti rumah sebab dah banyak kelengkapan.happy disitu:D

lagi 30 hari status akan bertukar
lagi 30 hari semua dah tak sama
oh oh oh!


ok sekian.

read more...

December 12, 2010

sunday






ini aktiviti kitorang siang tadi. dapat teka? haha. gatal nk letak sini gak. :P

seronok dan mengujakan *wahh ayat

ok. itu saja nak cakap. penat gila .huhu

read more...

December 09, 2010

alhamdulillah.senyum

alhamdulillah.. harini pagi-pagi dah dpt berita gembira. settle dah masalah.heeeeee :D

lagi dekat tarikh lagi banyak masalah timbul.banyak betul dugaan. syukur satu dah settle. senang sikit kepala.syukur syukur:)


**********************************
Update 50 hari
  • sekarang tengah mencari kasut kahwin. nikah and sanding. tapi mak aihh. susah betul nak cari kasut pink pujaan hati yang menepati kriteria. merata-rata pergi tak jumpa.kalau susah sgt terpaksa lah cari jer warna grey yang ada (sobsobsob) nak tempah tetiba rasa cam dah tak sempat.
  • kunci rumah baru tak ambil lagi. tuan rumah busy, kitorang busy. tak nyempat nyempat nak ambil. so rasanya dalam next week baru dapat kunci. mahu cuci rumah.yeayy \('')/ - update update: malam ni tuan rumah nak kasi kunci. sebab dia nak ke johor katanya.yeayyy dapt kunci rumah. rumah pertama kami.yeayy. <- ok tahu . gediks.
  • oh proses mencari hantaran pun dah boleh bermula.yeay yeayyy lagi. YES adalah sangat best.hehe
  • hal-hal canopy and catering pun dah settle. the mum dah konfirmkan. dah pergi buat food testing. siap pergi stalker majlis yang di handle oleh pihak caterer (bukan stalker pun sbnarnye, en caterer tu yg suh dtg tgk:p)and amik gambar canopy meja kerusi hiasan meja pengantin semua semata-mata sebab takut anak dia yang mengada ni tak suka. hoho sayang mak. *cium cium hope apa yang diorang janjikan dalam pakej tu dilaksanakan lah. siap ade free honeymoon lagi katenyaa.cam lawak pun ada:p haha

eh rasanya sekarang dah kena start invite orang kan? nak kena kumpul address dah kan. ok lah. nak pegi karang ayat jap. daaa~
read more...

December 08, 2010

kain bridesmaid


jeng jeng jeng~



ok ini adalah kain untuk bridesmaid.hehe. saja nak letak kat sini nak kasi cik-cik bridesmaid tengok. sebab tahu mesti diorang tertanya-tanya camne lah rupanya kain yang cik seri nak kasi:p

ini adalah chiffon warna cream polos:)

basically ini top aje. this sunday ramai-ramai nak pergi cari kain untuk bottom part yang matching dgn kain ni. psst: teruja! :D

my sis akan mejadi one of the bridesmaid too, so plan nak buatkan dia kaftan and matchingkan dgn pario macam pic di bawah. so nanti boleh lah kakak dia ni pakai jugak after wedding nanti.hehe

pic credit to mr.google:)

psst : oh kain ni nak pakai untuk mlm akad nikah bukan hari bersanding :P

read more...

December 06, 2010

kritikal

.
.
.

tinggal less than 53 days nak settle kan semua. tiba-tiba rasa tak cukup masa. busy. kritikal. kasut nikah and sanding tak cari lagi (or tempah).kritikal. kad tak siap lagi. kritikal. diy project ada a few tak siap lagi. kritikal. doorgift tak start deco lagi. kritikal. kebenaran kahwin pun tak buat lagi. kritikal. tak buat event lagi kat fb. sampai semua orang dah tanya. "oit bila ko kahwin nih.mana kad? bila tarikh?" - serius terlupa pasal invite menginvite nih. patutnya dah start buat event kan? kritikal. badan tak kurus-kurus lagi- takut sentap sorang-sorang masa fitting nanti. kritikal. honeymoon pun tak sempat nak fikir. kritikal.

dulu kalau tengok planner rasa macam lama lagi jer. panjang je list.sekarang bila tengok balik list tu dah pendek and dah jadi last month before masuk january.terus terasa freak out. tetiba rasa nak ada PA yang boleh tolong handle kan semua. ah mengada lah ko seri! haha


psst: tapi tiba-tiba rasa nak cepat-cepat settle kahwin. pening kepala ok. sape kate kahwin tu senang. nak handle family dua-dua belah pihak lagi.aishh pening~
read more...

November 22, 2010

Kain untuk M.O.H



preview skit kain untuk Maid of Honor yang di beli di bandung haritu.hehe
nampak purple-purple sikit kan? sebenarnya itu warna dusty pink. after discuss dengan en.tunang kitorang tak ambil warna pure pink sebab faliq kesian kat best man dia pakai warna pink *tipikal lelaki yang tak pakai pink.ceh beli sepasang untuk kedua-dua pengapit kami. sedondon:)

suka dengan lace tu ada diamond-diamond.lega cik MOH pun suka:p hampir-hampir terbeli untuk diri sendiri jer.hehe 


ouh kain untuk bridesmaid pun ada. kain chiffon cream polos. tapi tak ambil gambar plak. lupa. sabar yer wahai bridesmaid ku. nanti ai pas kan kain itu:P
read more...

November 11, 2010

tekanan dah terasa

huhu

tekanan dah mula terasa. damnn. terasa banyak lagi tak settle. *panic mode dah nak mai


  1. tiba-tiba the mum tak nak guna goodie bag. nak kasi doorgift seketul terus. senang katanya . argh so kena cari idea camne nak deco doorgift dari bandung tu . *girls-u-know-who-u-are nanti i need ur help on this. tolong ai ikat-ikat doorgift yerw:p
  2. invitation card tak buat lagi <-- arghh argghh argghh
  3. segala tq taq, sticker semua pun tak buat lagi
  4. tak tahu ape cerita about canopy+caterer semua. agak susah nak ambil tahu urusan ni sebab tak tinggal sekali dengan parents. so bila time balik kampung caterer busy dengan event lain. bila  caterer tak busy cik-bakal-pengantin ni pulak dah balik kl. haih. sekarang yang boleh buat just redha. hope semua berjalan lancar. bukan nak buat wedding grand-grand pun. nak buat biasa-biasa aja.
  5. wedding shoes idaman dah sold out. oh sedey. kena cari alternatif lain. tempah saja mungkin
  6. permohonan kebenaran kahwin tak buat lagi. next month baru nak balik johor settlekan borang pihak lelaki dulu. hope takde ape-ape masalah jugak. susah oi nak balik johor-kl-perak.
  7. hantaran pun tak beli lagi. nak borong semua masa end-year-sale + krismas-sales nanti. hoyeah hoyeah yang ini tak sabar nak buat.heeee :D

ok. cukup lah tu sampai tujuh. tambah stress kalau fikir lagi.hoho


selingan:

source : mr google

cantik kan kalau letak lantern banyak-banyak. weekend ni nak try pergi cari. dah buat deal baik punya dengan WP. hehe:p

read more...

October 25, 2010

baju lagi and diy progress

masih ingat tentang kain yang ini?

hehe sudah jumpa dengan cik UA di shah alam bincang pasal baju untuk malam berinai(yang dulunya kalau ikut plan asal untuk untuk majlis bertandang). pergi dengan zero idea about the design. nothing dalam kepala. memang nak harapkan design dari UA aje sebab memang tak boleh nak bayangkan baju macamana yang nak untuk malam berinai. luckily UA dah buat sikit homework and sketched a few design and ada juga design dari simpanan lama yang semuanya omg comelnya design-design itu.sampai susah pulak nak pilih yang mana satu. hehe. basically dah pilih design yang mana satu, tapi just tak finalize lagi. maybe nanti tetiba datang plak idea and ilham boleh lah di gabungkan dengan the main design:)

measurement dah amik and lagi 2 minggu katanya dah boleh fitting size. ok teruja di situ.hehe

nak tengok design? tungguuuuu bila cik UA dah emailkan copynya ya:)

and dalam sibuk-sibuk pasal attire semua project diy still berjalan lagi tau. currently tengah sibuk nak siapkan bunga manggar. sekarang kan banyak diy tutorial untuk bunga manggar and ramai yang diy bunga manggar yang cantik-cantik. so nak join sekaki buat gak.hehe:p

read more...

August 14, 2010

Hari ini hari sabtu



helo helo!

semalam adalah hari yang cemerlang dengan makan makan dan makan:D sampai-sampai jer rumah dah terhidang ketam sebagai juadah berbuka.
oh i like. mak ni tau je apa anak dia nak.melantak dengan jayanya.teheeee.

malam tadi mak dah siap pesan awal-awal esoknya jangan ke mana-mana. nak pergi tengok pelamin etc etc.adik-adik dah buat muka kecewa sebab baru je nak mencilok kakak mereka ni pergi bersuka-ria.haha. and then discuss pasal caterer. hurm harga memang berbaloi-baloi. murah ya amat.pakej yang ditawarkan sangat menarik. siap ada free honeymoon.wow menarik.tapi part caterer tu pas kn kat parent sebab itu diorang yang sponsor (alhamdulillah=])



tengah hari tadi keluar pergi jumpa saiful. discuss discuss cerita cerita berangan berangan pelamin impian deco deco semua. yayy saiful boleh buatkan ape yg cik bakal pengantin ni nak.seronot sangat apa yang i berangankan dia pun sama nak buat benda tu. dua-dua excited.haha.*hope outcome seperti yang diimpikan:p akhirnya semua settle.dapat quotation.kira murah lah *padahal mak dah pening dengan anak dia yang nak macam-macam ni.ampun mak. anak mu ini rambang mata.hehe



pakej yang amik dengan saiful :
    • Pelamin khemah
    • Pelamin mini
    • Pagola pintu gerbang
    • Inai/hiasan tangan
    • Handbouquet fresh flower
    • Red Carpe + deco walkawayt(free)
    • Deco tangga(free)
    • Handbouquet kristal(free)
    • Hantaran (rasa-rasa cam nak amik jugak)


masuk masuk jer terus terpana dengan mini pelamin ni. 



terus cakap kat adik "adik hang bertunang amik pelamin nih!" padahal ntah bila dia nak bertunang:p 
tah-tah time dia nanti trend pelamin yang lagi best.hehe








yang bestnya kat saiful ni dia tak berkira. nanti kalau ada apa-apa barang yang nak pinjam boleh amik jer.tak tambah charge. i like;)



read more...

July 18, 2010

how i spend my saturday with mr fiancee



cam panjang lak title entry ni.hehe.ok jom layan entry bergambar yer:)


 
hi! seri dan faliq disini! :b


destinasi pertama




sneak peek design dari Qudyn :p simple saja.tak sabarnya nak fitting<-ok ini over kain pun tak hantar lagi.hikhikhik

destinasi kedua
alahai muka kena paksa g Jln Tar. cian. hehehe


syarikat bunga reben.tempat kegemaran b2b untuk memborong


jom borong jom. sambil-sambil tu carik idea

ilham unutk bunga dip idaman mak:p


ilham untuk handbouquet


cantiknya stand chandelier ni. kalau letak kiri kanan katil dalam bilik pengantin mesti cantik.
mode buah berangan saja ni. tak mungkin berlaku.hehe

seligan yang tah hape2 ;p

bunga. sayangnya tak ada color purple gelap

crystal butterfly. comels & murah

"haaa ni dia kain yang qudyn suh beli untuk baju i" -> excited mengkaji kain.hehe

*******


hasil memancing di kedai bunga reben:P


  • nota satu: part attire untuk majlis akad nikah and bersanding dah settle.all ticked! tudung,veil semua include.yayy i sokaa. qudyn akan matching kan my dream pink wedding shoes dengan my dress.nanti nak cari stokin pink.aha comelnya membayangkan en.tunang pakai stokin pink. 
  • nota dua: tips dari qudyn. jangan beli chiffon or satin di bandung. kualiti tak sebagus di malaysia. so kalau nak ke sana just beli lace sahaja. ok noted~
  • nota tiga: dulang hantaran nak guna kristal saja. tak nak pakai fresh flowers dah sebab dah jatuh hati dengan satu dulang hantaran di Semua House.*pic tak berani plak nak letak.terpampang dalam pic tu NO CAMERA. takut kang kene saman lak:p haha* 
  • nota empat: mak call nak inform my bilik kat rumah ada 'benda'.WHAT? oh no! tapi no wonder lah sebab bilik tu memang tak pernah orang tinggal lagi since kitorang pindah ke situ.   <-eh eh masuk cerita mistik lak tetiba. haha
read more...

June 24, 2010

handbouquet

berblog secara live dari kedai mamak. sedang meneman en.tunang menonton bola ITALY lawan apetah. ok memang tak amik tahu sebab i sibuk dengan netbook. xpeduli pun apa jadi kt screen tv tu. motif ikut tengok bola? saja nak kasi semangat.boleh? tak boleh ker? eh ikut suka kite lah:P <-syok sendiri

sedang berblogwalking terjumpa plak  handbouquet yang memikat hati. jom kita layan pic di bawah

nampak tak handbouquet dia?(sila besarkan kalau cik-cik sekalian rabun tak nampak yer:p) kalau tak silap buat guna kain felt. oh sangat comel. jatuh chenta. berkenan semua ada. nak buat camni lah.hehe

note: pic di ambil dari blog cik UA. tuan punya yang sebenar tak tahu pula siapa. kepada tuan punya pic i pinjam yer pic u. if i jumpa siapa punya nanti  i letak kredit:)


update:

lihat lihat. cantiknyerrr.
 tengah mencari vendor untuk buat handbouquet macamni:)


**********************

ok handbouquet crystal nih pun cantik jugak.berkenan jugak
pic credit to : Syiraz Lil Cottage

psst: ohmakkau!terkejut tetiba semua orang menjerit. oh rupa-rupanya Italy goal. eleh baru 1 jer. konfirm kalah.
read more...

May 16, 2010

Benda penting dah settle :)

yesterday jumpa designer dengan en tunang. and dah decide nak hantar our outfit majlis belah i dekat dia. after perbincangan here and there akhirnya kata sepakat dapat di capai(:p). en.tunang setuju. yess!


tapi masa dalam kereta otw balik ke bangi en.tunang mengutarakan soalan "apsal harga baju u dengan baju i beza gila?" haha tak reti den nak jawab. harga memang beza pun. macam langit dengan bumi. tapi jawapan memang dah ada depan mata - sebab baju i lagi cantik dari u kot sayang. sebab tu mahal (ehem) sikit:p . haha


bila tengak ticker tick tock tu rasa cam gelabah pulak. dah nak abis lapan bulan. tetiba rasa nervous (ok i over). banyak sangat benda kecil-kecil kena buat. kena buat sikit-sikit dari sekarang.


ok sekarang mode diy project is ON. mana nak cari white paper bag yang murah ek. kalau yang brown paper bag tu selalu lah jumpa. color white susah plak nak cari.hukhuk~ 




Salah satu my DIY project:)

read more...

May 10, 2010

Progress Update

Hurm rasanya macam dah lama tak update progress wedding preparation sejak en.MALAS datang menyinggah:p

sekarang ni tengah busy buat prototype untuk DIY VIP-gift. apakah ia? jeng jeng jeng~
nanti dah konfirm baru i reveal. tengah mencari idea untuk mencantik kan ia supaya ia nampak special. wahh ia gitu. skema habis.hahaha

and alhamdulillah dah jumpa juga OP yang berkenan di hati. yes yes OP yang i ckp suka 110% haritu. harga untuk total pakej untuk kedua-dua belah pihak juga sangat-sangat memuaskan. mula-mula risau jugak kalau diorang quot mahal untuk travelling charge. iyer lah Perak&Johor kan, tapi alhamdulillah quotationnya kurang sikit dari yang dibudget. so apa lagi. i grab lah:p

and ouh tadi masa berjalan-jalan di alamanda ternampak kain yang sangat cantik di Binwanis. suka sangat. lace and dual tone chiffon. berkenan sangat. tapi kena jumpa dengan en.designer dulu baru boleh tahu kena beli kain apa. so sementara tu bersabar lah dulu tengok kain tu. ops pic kain tu tak sempat di snap sebab tak bawa kamera.hiks;p


mahu dress seperti ini
(verangan mode)



read more...

April 13, 2010

Kene selesaikan secepat mungkin

Since date for nikah and sanding sudah di confirmkan. i dah kene start booking untuk 3 benda di bawah ini untuk mengelakkan konflik yang tak diingini di kemudian hari:

1) Official Photographer 
Dah survey beberapa OP. i agak berminat dengan mereka ini White Signature . Quotation juga sudah dihantar . harga mereka untuk ke Seri Manjung reasonable. tapi still nak survey-survey lagi. cintakan hasil kerja Fatiniz tapi harga yang di kenakan sudah lari berkilo-kilometer jauhnya dari budget sedia ada. so hanya boleh melambai-lambai saja lah (lap air mata kecewa:p)

2) MUA
Sudah send quotation kepada Hazlie Hamzah and dapat feedback dengan sangat cepat. i like!! macam tu lah yang kita suka. email terus dapat feedback. harga juga reasonable. still under the budget. rasa macam nak ambil dia jer. and guess what dia kata dulu dia di besarkan di lumut. lagi lah bagus kan. nanti takde lah dia sesat nak ke seri manjung. hehe

3) Outfit
Seperti yang die ceritakan di sini. my nikah outfit akan di buat oleh Unaisah Azlan. tetapi kebelakangan ini terpikat pula dengan lagi satu fashion designer Qudyn Aziz . dapat tahu pasal Qudyn dari bloggers lain (u know who u are.hiks:p). Cadangnya nak tempah my reception and bertandang outfit from him. Tapi sekarang ni rasa macam nak hantar tiga-tiga outfit dekat Qudyn. Tamak haloba kan?haha. Tapi kena based on budget jugak. if budget terlari-lari maybe my reception outfit akan di sewa saja. Will meet him soon. tengah mencari masa yang sesuai untuk buat appointment :) Ouh Qudyn pun baik. i msg dia thru fb saja n cepat juga dia reply. I likee sekali lagi :D tapi semua pun based on availability. if Qudyn can make it. yayy i'm happy. kalau tak kene survey yang lain lagi lah.hewhewhew~

mahu buat wedding dress yang ada ribbon kat belakang camni:p hiks! (verangan)

Image Source : Mr Google Image


psssss: sudah 2 hari i demam. tak suka.wuwuwu~
read more...
 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©