helo :) happy monday yalls! hehe
minggu yang sangat busy. one of my good friend kahwin last weekend so sibuk tolong cik b2b on her wedding prep
ok jom mula kan kronologi cerita bergambar utk kenangan;P
1. Bachelorette dinner
Isnin - Special dinner untuk cik bakal pengantin beberapa hari sebelum majlis. tak ramai yang dapat dtg tapi we had fun.hehe:p
ahli-ahli wajib hadir
me and ms bride-to-be
shot wajib utk setiap bachelorette dinner:)
2. Shopping at Florastika Bangsar
Rabu - Pergi ke Florastika Bangsar untuk cari fresh flower. heaven gila kat situ. dulu masa my wedding tak merasa nak shopping bunga kat sini. memang agak rambang mata memilih. seronoknya jadi bride area kl ni.huuuu :p
3. Hantaran Preparation
Khamis - Malam khamis after kerja terus pergi ke rumah cik pengantin. tolong buatkan hantaran. and last minute cik pengantin request buat sirih junjung. err risau gak tak jadi. tapi kita redah jer lah.huhu
Fresh flowers yang di beli di florastika . roses and carnation:)
sambil buat keje harus posing jugak. tak boleh tinggal.haha:p
all done by me. phew lega cik pengantin suka.
my first ever DIY-ed sirih junjung. cuak nak siapkan.haha
4.Solemnization
Jumaat - Hari yang di nanti-nanti.
sangat-sangat lah cantik cik pengantin. baju cantik make up cantik. perfecto. hehe. and alhamdulillah dengan sekali lafaz diorang sah menjadi suami isteri. masa akad serius sayu. rasa cam sebak nak nangis. tapi over lak kn.hehe. terkenang memori 8 bulan yg lalu pun ada gak sebenarnye:p
Makeup by Hazlie Hamzah
Attire yang super sweet by Qudyn Aziz. love! Qudyn terbaik.hehe
yeah presenting Puan Nazifa Nazdri.
Pelaminan yang simple and sweet:)
5.Reception
Esoknya beramai-ramai ke majlis persandingan di Dewan Felda Yayasan Gemilang. make up sangat sangat cantik hasil sentuhan amy janz:) Makanan pun sedap. bertambah-tambah makan.hehe
Pengantin yang ceria. ehem. haha
Pengantin lama -haha-
Pengantin baru :D
Pelamin yang simple and super lawa. me like!
Geng uniten :)
Sangat happy for them. diorang pun pasangan yang bercinta dari belajar uniten dan akhirnya ke jinjang pelamin.oh happy sbb dh ada geng jugak. lepas ni as senior boleh usik diorg pulak. wakakakkaka
malam tu beramai-ramai tidur di rumah urs truly kita buat 2nd round sleepover and muvee session.malam sebelum tu kitorang tengok hantu bonceng tapi sempat habis separuh jer sebab tak boleh blah dgn watak kunyit tu.tak boleh blah langsung dia asyik ber toq toqq so tukar ke damping malam. scary jugak damping mlm ni yer. baru tau.huhu. oh malam tu pengantin baru bertandang ke rumah dengan bekalan makan. happy. makan lauk sedap lagi.haha:p
stok makanan yang dihantar macam kitorang ni ada 3 family padahal ada 5 org je pun.haha
minggu yang sangat sibuk and sangat penat, tapi HAPPY sbb dpt spend time with girlfriends:) and cik pengantin pun happy.